Rabu, 13 Ogos 2014

TERENGANU KITA !!!

7 Mei 2013, Selasa.

Aku, Safwan, datang ke Terengganu bersama rakan-rakan adalah merupakan satu pengalaman yang amat mengagumkan dan menyeronokkan. Aku bertolak dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, bermula dari jam 7.00 pagi dan sampai di ‘home stay Sri Gading’, Terengganu pada jam 3.00 tengahari.
Dalam perjalanan pagi ke Terengganu, kami bersarapan dulu di perhentian, Gombak. Aku beli nasi goreng kicap dengan telur goreng, RM 3.00... boleh la sedap le jugek...yang sedap tu sambal dia...emmm...yum-yum.... delicious!...delicious!...sedap sangat! Tapi masalahnye, Makcik just bagi sikit je sambal tu! Kecewaaaaaaaaa! Lepas tu perjalanan pun diteruskan
Macam-macam cerita yang diorang bawak, terutama sekali Am kawan JPK kamsis aku. Kelakar....Dia ada bawak dua ‘charger handphone’ tapi entah apa yang dia kelam kabut sangat sampai terlupa yang phone dia rupa-rupanya tertinggal dalam bilik tidur. Yang tu satu hal, bila dah sampai Terengganu lain pulak ceritanya, orang pergi pantai bawak sepasang lengkap selipar, tapi ko angkut sebelah kanan selipar ko, sebelah kanan selipar kawan ko. Apa adahal kasut sarungkan ada? Tapi tak dapat la nak merase celop kaki dalam air laut, dapat tengok je le....cian (kesihan) tak dapat main air laut... L tapi takpe Allah tu Maha Kaya setiap detik keseronokkan dapat dirasai oleh semua orang, semuanye tersimpan dalam gambar-gambar yang dirakam....best sangat J.
Bila dah sampai di Kuala Terengganu kami singgah sebentar di Pasar Payang. Sememangnya Pasar Payang ini menjanjikan banyak peluang membeli-belah daripada sekecil-kecil barang sehinggalah sebesar-besar barang semuanya dijaja dengan harga yang berpatutan. Tapi kalau kita ni mulut manis, pandai tawar menawar pasti akan dapat dengan harga yang murah...dah singgah di Pasar Payang ini jangan lupa pulak nak beli telur penyu, keropok kering dan keropok losong atau lebih glamour dipanggil sebagai keropok lekor. Kadang-kadang penjaja di sini bijak menarik pelangan, ada yang menawarkan harga yang lebih murah daripada harga di gerai-gerai lain, ada jugak yang menawarkan keropok kering yang dah siap digoreng untuk dirasa. Malah ada jugak penjaja yang menjual makanan-makanan yang pelik seperti telur penyu, keropok melinjau, dan banyak lagi yang kelihatan pelik-pelik sampai aku sendiri pun tak tahu apa nama makanan tu terutama sekali dari segi kuih-muihnye.
Datang ke Pasar Payang tak sah kalau tak rambang mata, sebab pasar basah ini bukan sahaja menjual barangan dapur, malah turut menjual pakaian ala pantai, kain batik dan kain sarong pelikat. Bak kata orang kalau nak rasa membeli-belah gaya orang Terengganu pergi la ke Pasar Payang .....semuanya mengikut rentak budaya masyakat Terengganu....
Di Pasar Payang ini juga ada terdapat banyak jualan anak patung, key-chain, magnet fridge dan macam-macam ade, tapi kebanyakkannya berunsurkan replika penyu...saya pun ade satu...hahahahahaha............








TOMEY TAK MY Mr. PENYU.



*Happy menuju ke Terengganu*







Khai muat ye ko masuk dalam gambar tu... hehehehe......masa ni aku dalam bas!





AJK PUSAT ISLAM




Masjid kristal


Dah penat berjalan di Pasar Payang, aku menuju pula ke Masjid Kristal. Mengikut maklumat yang aku dapat Masjid Kristal ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.
Masjid kristal adalah merupakan antara masjid tercantik di negeri Terengganu ini. Malah, masjid ini telah dibina dalam taman tamadun islam yang indah dikelilingi dengan replika masjid-masjid terkemuka di seluruh dunia. Selain itu, masjid kristal ini juga telah menjadi ‘tradetmark’ terkemuka bagi negeri “penyu” ini. Malah, masjid ini telah  dibina daripada kaca dan keluli. Masjid kristal ini juga adalah merupakan masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.
Tapi masa aku pergi hari tu, Taman Tamadun Islam ni ditutup pada hari selasa. Oleh itu, hajat aku untuk mengamati keindahan masjid tercantik ini dengan lebih dekat tidak kesampaian. Walau bagaimanapun, aku masih sempat le snape beberapa keping gambar akan panorama indah masjid kristal dari jarak jauh sahaja....tapi tak puas rasanya....aku berharap akan ada peluang yang sama pada masa akan datang untuk aku kunjungi masjid ini kembali.






Ini adalah merupakan gambaran di persimpangan jalan di Kuala Terengganu selepas berlalunya kempen Pilihan Raya yang ke-13 semalam. Kuala Terengganu disarati dengan bermacam-macam jenis kibaran mendera yang boleh dilihat, walau dimana anda berada sekali pun, sehinggakan perjalanan aku menuju ke pulau Redang pun masih dapat dilihat akan kibaran mendera itu....
           Selepas itu aku dan rakan-rakan terus berangkat ke Pantai Batu Buruk. Pantai yang indah dan cantik, malah air lautnya menghempas ombak yang tinggi dan amat sesuai kalau nak main luncur air...



   




Sementara itu, sempat juga aku menyingah sebentar di Masjid Tungku Tengah Zahrah, Kuala Terengganu atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. Pada ketika ini aku menunaikan solat jamak takdim iaitu jamak pada waktu awal Maghrib....masjid ni cantik la.... J







Makan malam di restauran “Dang-Dang Dut”  di Medan Selera.... Terengganu Is The Best!!! Nak nak pula makan sambil dihembus lembut bayu laut di malam hari di bawah sinaran lampu kalimatang memang mengasyikkan...pada malam tu menu yang aku pesan ialah nasi paprik daging memang sedap sampai licin pinggan aku makan.....hehehehehe......yum-yum!


Perjalanan ke Pulau Redang

Perjalanan ke Pulau Redang dari jeti memakan masa selama 45 minit...nak menunggu dalam perjalanan tu amat la tak sabar-sabar. Bila dah sampai... alhamdulillah...lega rasanye.

Kecantikan air laut yang berwarna biru ‘turquoise’ menjadi daya penarik utama Pulau Redang ini, tidak kira dari segi beraneka macam spesis ikan, mahu pun bilangan pelancongannya yang tidak putus-putus mengunjungi pulau ini. Kedatangan kami ke pulau ini tidak kami sia-siakan dengan hanya menikmati keindahan pantai pulaunya sahaja. Malah, dengan adenye pakej snorkeling yang disediakan di sini dapat la kami merasa menyelam dan memberi makan roti kepada ikan. Ikan dekat Pulau Redang ini sememangnye jinak-jinak belaka habis jari-jemari ku digigitnye nasib baik ikannye comel-comel. Tapi kekadang tu ikan yang besar-besar lengan pun ade datang jugak, so...hati-hati sikit bila nak bagi makan tu... jangan sampai jari-jemari hilang ditelan ikan sudah...susah pulak nak menyarong cincin bila dah kahwin nanti.. hahaha.....
Dah puas ber‘snorkeling’ melihat keindahan batu karang laut yang melata hidup di ‘Taman Laut’, Pulau Redang ini tiba la pula masanye waktu makan tengahari. Kunjungan ke Pulau Redang ini sememangnya satu pengalaman yang berharga.

 Kepulangan aku ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, memakan masa 9 jam lamanya walaupun perjalanan agak jauh, tetapi alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai....amin.