Selasa, 12 Ogos 2014

SITIAWAN & MANJUNG TARIKAN PELANCONG APA BEZANYA???

Assslamualaikum kepada pembaca blog ku.... kini Saf berada di Sitiawan sedang menghadapi Latihan Indistri (LI) ... al-maklum la bila dah terlajak bertapak dekat sini selama enam bulan terasa nak berkongsi la sikit keistimewaan yang ade dekat Sitiawan ni.... yang peliknya, Saf kini  menjalankan LI dekat Sitiawan dan menyewa rumah di Seri Manjung jarak perjalanan tidak la jauh sangat kira-kira dua ke tiga kilometer je dari rumah... hahaha... kalau naik motorsikal tak sampai lima minit dah sampai dekat tau... tapi dua tempat ini sebenarnya adalah berbeza.... kene faham tu...

SITIAWAN ADALAH PEKAN


Sitiawan sebenarnya adalah pekan kecil yang kebanyakkan masyarakatnya adalah daripada kaum Cina... Banyak jugak la orang Cina yang tinggal dekat sini sampai nak cari rumah sewa Islam dekat sini pun agak susah... kalau dapat rumah sewa dekat dengan pejabat sebenarnya lagi la aku suka.... hohoho... tapi ape akan daya semuanya rumah Cina, kalau ade pun rumah Bangla tapi Saf khuatir sikit la... sebab tak biasa nak tinggal dengan pendatang asing... hehehe... last sekali dapat information daripada daripada penduduk perumahan Sitiawan tu, kalau nak cari rumah sewa atau bilik sewa yang melayu punyer kebanyakkan ade dekat Bandar Seri Manjung...

Tapi daripada pemerhatian Saf la kan, Saf dapati kebanyakan masyarakat Cina di Sitiawan ini adalah penganut agama budha, kristian, dan penyembahan dewa.... kerana terdapatnya tiga rumah ibadat ini di sini dibina dengan keluasan yang sangat besar sekali...

Walaupun, majoriti masyarakat Cina di Sitiawan ini tinggi tetapi Masjid masih dapat dilihat didirikan dengan penuh tersergam indah lagi... mungkin masyarakat melayu tu ade mungkin Saf jer yang tak terjumpe kot....hehehe

SERI MANJUNG BANDAR PELANCONGAN DAN MARITIM???

BETUL KER???


Hahaha... yang itu tak pasti lagi tetapi mengikut ape yang Saf baca daripada blogger yang lain begitu la ceritanya... betul ke tidak tu tak pasti lagi la pulak... tapi kalau dekat Seri Majung ni masyarakatnya majoriti melayu tapi rumah sewa atau bilik sewa punya la mahal dekat sini... sampai RM300 untuk satu bilik pun ade.. fuhh... berpeluh aku dengar harga dia...

jalan punya jalan ... akhirnya dapat jugak aku bilik sewa yang agak murah dekat sini pada kadar harga RM180 jer sekepala... sewa bilik, tapi rumah flat... kira ok la tu... tapi sadis tuan rumah tu kata RM180 tu untuk sewa sahaja tak termasuk bayaran elektrik dan bil air... hermmm... takpe la itu dah jumpe yang murah tu kira murah dah tu... Saf dan mak abah Saf apa lagi kira setuju jer la.... hahaha... senang cerita... pening nak cari rumah sewa sekarang ni yang mampu bayar ala student macam Saf ni.... hermmm... Mungkin harga sewa dekat sini agak mahal, mungkin disebabkan oleh kawasa pelancongan kot sebab Bandar Seri Manjung ni sememangnya dekat dengan pantai seperti Lumut, Teluk Batik, Teluk Muroh, Pasir Panjang, Teluk Batu dan Pantai Remis.... Malah tarikkan utama di sini juga adalah Pulau Pangkornya yang pernah diistiharkan sebagai 10 buah pulau tercantik di Dunia... hahaha... andaian Saf aja la...

Tapi yang bestnye dekat Seri Manjung ni, ade banyak fasiliti atau kemudahan awam yang terdapat di sini yang boleh anda gunakan dengan senang hati. Antaranya adalah :

1. Kemudahan pusat membeli belah amat banyak dan dekat saling berhubungan, kalau nak pergi ke Tesco tu, one way jer terus boleh pergi EAON dan Giant...

2. Dekat sini, kalau malam-malam jangan risau ade banyak gerai dan restorent yang manyajikan makanan ala thai dan masakkan mamak pun ado dekat sini... So, Saf yang hidup membujang ni kalau malas sangat nak memasak pergi jer kedai... makan lauk tunjuk-tunjuk.... hahaha... senang hidup bujang zaman sekarang...

3. Kemudahan stadium dan gym juga tersedia.... hahaha... Saf ni tak la rajin sangat bersenam tapi sahaja la nak inform kot-kot ade pembaca blog yang sebenarnya kemudahan tu juga dah ade dekat Seri Majung ni...hahaha...

4. Antara yang paling best dekat sini adelah condition jalan die .... fuhhh... selesa beb besar... siap ade 3 lane lagi termasuk satu lorong khas untuk motosikal dan pengangkutan awam.... So, kalau naik motosikal tu boleh la tunggang dengan selesa, tak perlu la nak mencelah sana-sini... terutama sekali pada waktu puncak... kalau pukul 5,6 &7 petang tu kalau tak sesak tak sah la we...


dah banyak dah Saf tulis rasanya... So, lain kali kalau ade infor terkini... Insya-Allah... Saf akan kongsi bersama.... (itu pun kene ikut mood juga kadang-kadang rajin, kadang-kadang terlajak malas.... huhuhu... So, Saf harapkan usaha ini dapat membantu sesiapa yang memer lukannya....)

                                           


                                                 *   WASSALAM DARI Saf Wanx  *